SALAM MAAL HIJRAH 1441H Shop Now!
Cart 0

Sakit Badan. Korang Ambil Ubat Apa?

SAKIT BADAN. KORANG AMBIL UBAT APA?

Lepas brunch tadi memang rasa tak bermaya. rasa sakit-sakit badan. Maklumlah dah berusia 48 tahun. Terbaring. Tertidur sebentar. Macam nak apply cuti MC.

"Apa? Ingat ini company bapak kau yang punya?" teringat dialog filem Melayu lama. Terkejut betul. Tak kerja memang tak ada gaji. Itu yang bangun pelan-pelan.

Tengok-tengok dah Asar. Terus gagahkan diri. Memang hidup ini perjuangan. Bukan daat rehat-rehat macam dalam syurga. Minta apa saja, terus datang depan mata.

Dalam dunia ini semua harus diusahakan. Walaupun rezeki Allah dah tentukan, kena juga usaha. Buatlah apa saja usaha yang terdaya, insya Allah adalah rezeki untuk kita, sama ada banyak atau sedikit.

Kerja di ofis berlambak-lambak. Kertas kerja banyak tertangguh. Tubuh macam rasa sakit macam dipijak-pijak. Semalam tidur lewat, lepas azan Suboh barulah rasa mengantuk. Sempat menjawab banyak wassap dan email yang masuk. Harap ia dianggap sebagai suatu ibadah.

Segala sistem hormon dalam tubuh telah kucar kacir. Nak betulkan balik mungkin ambil masa beberapa hari. Kalau masa muda belia dulu, beberapa hari tak tidur sebab on-call di bilik bedah atau dewan bersalin, sudah biasa. Tak terasa apa. Sekarang tak boleh.

Kena juga berurut sesekali. Ambil kapsul Tongat Ali. Minum air kosong sampai penjaga bilik air dah kenal muka kita. Tak per. Buang toksin dalam tubuh.

Tapi alhamdulillah, rasa letih tubuh kali ini tidak sama ketika berat badan berlebihan. Dulu betis cramp dan sakit pinggang jangan cakaplah. Nasib baik Allah tak uji dengan PID (disc prolapse). Allah masih sayang..

Kali ini mungkin sebab kurang rehat dan tak cukup tidur, kurang air dalam tubuh dan stress dengan pelbagai hal.

Tadi sempat ambil dua gelas air kosong. Minum kopi, ambil sebiji kapsul Tongkat Ali dan sesudu minyak Zaitun, OLIVIE. Ketiga-tiga tongkat ali, minyak zaitun dan kopi memang kegemaran lelaki macam saya. Pahit dan kelat. Yang mahu rasa sihat, kuat dan bersemangat.

Tadi rasa 'down' sekarang dah mula cergas.  

Baru rasa segar. Masa 15 minit, otak kreatif mula bergerak. Masuk gear 3 perlahan-lahan. Esok ada interview radio. Kena bersedia.

Korang buat apa bila rasa sakit-sakit badan? Makan ubat tahan sakit? Hentikanlah amalan tu ...

OLIVIE memang pilihan saya.    
Dr Zubaidi Hj Ahmad
14 September 2018

https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad

olivie2.jpg


#oliviedrzubaidi
#lebihsihatdanbertenaga 



Older post Newer post