PROMOSI RAMADHAN 4 MAY 2019 - 4 JUN 2019 Shop Now!
Cart 0

7 Petua Melegakan Resdung Menggunakan Madu

Resdung atau dikenali dalam bahasa perubatan sebagai ‘sinusitis’ membuatkan seseorang itu akan mengalami beberapa simptom seperti hingus berwarna kuning, hijau atau bercampur darah, sering migrain, rasa sakit di bahagian dahi, muka di tengah hidung atau pipi, demam dan hidung tersumbat. Keadaan ini  akan berlaku berulang – ulang dan menyebabkan penghidapnya sukar melakukan kegiatan harian secara normal.

Petua Melegakan Kesan Resdung Dengan Madu

Kedengarannya penyakit resdung sesuatu yang amat menakutkan. Dan jika tidak dirawat, ia akan terus menganggu kehidupan pesakit. Namun, penyakit resdung bukanlah tidak mempunyai penawar. Sebenarnya terdapat banyak alternatif untuk merawat resdung samada melalui kaedah semulajadi atau berjumpa pakar ENT (Ear, nose, throat).

Jika anda memilih untuk mencuba rawatan semulajadi, madu merupakan salah satu di antara bahan terkenal dan terbaik dalam membantu menyelesaikan masalah resdung. Kompenan di dalam madu asli dan organik mengandungi anti bakteria yang dapat membantu membersihkan bahagian sinus dari bakteria penyebab resdung.

Madu asli juga dapat membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan membantu melindungi dari serangan radang. Dalam petua lama juga banyak menggunakan madu sebagai membantu melegakan masalah di bahagian tekak seperti batuk dan sakit tekak. Khasiat madu dalam merawat masalah resdung menjadi lebih efektif lagi dengan campuran daripada beberapa bahan semulajadi lainnya seperti tujuh bahan ini;

 saricukatin3

Madu Dengan Sari Cuka Tin

Penggunaan sari cuka tin dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, mengurangkan tekanan di bahagian sinus serta membunuh dengan cepat mikroorganisma penyebab jangkitan.

Caranya penyediaannya cukup mudah:

  1. Didihkan satu cawan air bersama dua sudu sari cuka teen.
  2. Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga air berubah suhu bilik.
  3. Tambahkan satu sudu madu

Amalkan tiga kali sehari, InsyaAllah.

 Honey-And-Lemon-1

Madu Dengan Lemon

Buah lemon mengandungi Vitamin C. Ia dapat membantu menguatkan sistem imun badan. Ia juga memiliki anti bakteria semulajadi.

  1. Sediakan secawan air suam.
  2. Masukkan satu sudu madu asli
  3. Masukkan dua sudu jus perahan buah lemon.

Boleh diminum terus. Ia dapat membantu mengurangkan lendir dan mencegah resdung. 

Madu Dengan Bawang Putih

Bawang putih popular sebagai agen anti bakteria. Ia menentang bakteria yang menyebabkan jangkitan di dalam tubuh manusia. Apabila digabungkan bersama khasiat madu asli, ia meningkatkan fungsi anti bakteria dan membantu melegakan masalah resdung.

Untuk menyediakannya:

  1. Lumatkan 3 hingga 6 ulas bawang putih.
  2. Campurkan bersama satu atau dua sudu teh madu.

Diambil lima minit sebelum makan.

Selain itu, anda juga boleh campurkan satu sudu madu dengan tiga ke empat ulas bawang putih yang telah dilumatkan dan titiskan beberapa titik minyak zaitun ke dalamnya. Anda boleh nikmatinya sebagai topping biskut atau roti.

Madu Dengan Halia

Halia mengandungi sejenis minyak yang baik untuk tubuh manusia, iaitu, gingerols, shogaols dan beberapa lagi bahan aktif.  Ia dapat membantu menyingkirkan hingus dan melegakan hidung yang tersumbat.

Kaedahnya:

  1. Didihkan secawan air
  2. Masukkan satu sudu halia yang telah diparut dan dilumatkan
  3. Biarkan selama 15 minit, padamkan api dan biar sehingga suhu bilik.
  4. Tambahkan satu sudu teh jus lemon segar dan madu asli.

Diamalkan sebanyak dua kali sehari.

Madu Dengan Kayu Manis

Kayu manis mempunyai kimia aktif yang dikenali sebagai eugenol dan cinnamaldehyde. Kombinasi aktif ini dapat membunuh bakteria yang mengancam kesihatan manusia.

Aturcaranya:

  1. Ambil satu sudu madu asli
  2. Campurkan dengan ¼ sudu serbuk kayu manis Ceylon.

Dimakan dalam keadaan campurannya kelihatan likat untuk membantu menghalang masalah resdung

Madu Dengan Jintan

Samaada jintan putih atau jintan manis, anda boleh guna kedua duanya. Ia amat membantu mengeluarkan lebihan mukus dan mengurangkan bengkak.

  1. Panaskan biji jintan di dalam kuali dan dikisar hingga menjadi serbuk
  2. Campurkan serbuk jintan tadi bersama satu sudu madu asli.

Makan sekali sehari

Madu Dengan Daun Basil

Daun basil berupaya membantu membersihkan lebihan mukus dan membantu mengurangkan sakit kepala dan kepenatan. Anda boleh:

  1. Kisarkan 12 helai daun basil segar.
  2. Tambahkan dengan dua sudu teh madu asli.

Diambil setiap pagi.

Jangan Biarkan Resdung Membelenggu Hidup Anda

Resdung boleh menjadi semakin serius jika tidak dirawat. Oleh itu anda perlu segera bertindak dengan mencuba beberapa petua melegakan resdung secara semulajadi yang telah disebutkan di dalam artikel ini.

Keberkesanan ramuan dengan madu bergantung juga kepada penggunaan madu asli seperti Madu Pergunungan Kyrgyzstan keluaran Olive House

Sumber rujukan artikel:

  1. http://homeremediesforlife.com/honey-for-sinus-infection/
  2. http://www.mmgazette.com/sinus-or-resdung-dr-ahmad-nordin/

Kredit kepada https://aafiyatlifestyle.com



Older post Newer post